CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 9 May 2011

NOVEL KASIH YANG SUCI @ NORA ELENA TV3



Wah..1 lagi novel kegemaran aku ke kaca tv...teruja sangat2 aih.novel kasih suci alaf 21 neyh karya Meen Zulaikha neyh bes gila kot..bagi aku la..jalan cita dia sgt menarik sebab nya cita neyh lain daripada yang len. Tup2 da ada kt kaca tv dah..lagi larh seronok tgk..pelakon dia plak meletop seyh..Aoron aziz, jejaka idaman malaya neyh n heroin dia adik sam bunkface saleha..cun seyh..memang gandingan ideal..bergabung meletop..pergh...Pas neyh tiap2 kul 7ptg mesti aku da bertempek kt tb tuh..xsabar nk tgk cita neyh bla di lakonkan d kaca tb..mgkin lebih menarik drpd yg d baca kot..huhu..we’ll see



Sinopsis Kasih Yang Suci @ Nora Elena

Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..hehe!! Watak Seth dipegang oleh Aaron Aziz ni yang macho dan hensem kena memikat hati Siti Saleha watak Nora elena tu. Macam mana ye…ada yang tak sabaq sabaq ka nak tengok Nora Elena.
So jum kita tonton cita neyh seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)..layaannn jew!!!!
Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.


No comments:

WELCOME TO MY SILLY LIFE